Sebuah ceritera karangkarut enciksabri production sdn. bhd.
Want to chat instantly with your online friends? Get the FREE Yahoo! Messenger
Ini adalah blog persendirian ku. Kenyataan di dalam ini adalah pandangan peribadi dan tiada kena mengena dengan mana-mana individu lain atau badan organisasi.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
|
Cerpen Yang Terpaksa Di Habiskan Dengan Segera.
Lina gegas2 sarapan. Al makumlah, ni hari pertama Lina mulakan tugasnya sebagai Tukang Kebun kat sekolah. Lina anggap tugasnya mencabar kerana ramai yang datang temuduga tetapi dia jugak yang terpilih. Pak Seman Mudim pun ada datang temuduga tapi tak dapat jawtan tu sebab dia gayat panjat pokok. Lina tak gayat. Pengalaman panjat pokok bersama kawan2 sejak kecil, ternyata bermanafaat untuk dia.
Setelah lapor diri dan Lina mulakan tugasnya. Oleh kerana minggu depan sekolah akan adakan Temasya Sukan, maka Lina kena lah tebas lalang2 yang ada kat tepi padang tu.
Lina tekun bekerja. Sambil bekerja, Lina perhatikan budak2 sekolah yang ligat bermain bolasepak tetapi dalam masa yang sama Lina nampak seorang budak yang hanya berdiri kat padang tu. Lina rasa kesian. Lina pun pergi mendekati budak ni.
Ternyata budak ni rupa2nya anak Guru Besar sekolah. Wahhhh, dalam hati Lina, "kalau aku dapat buat budak ni ceria, pasti Guru Besar akan confirm keje aku awal. Silap haribulan, boleh rekomen naik gaji jugak.Ok ok, peluang baik ni. Aku mesti cuba!"
Sampai jea kat adik tu, Lina pun mulakan kaunseling.
"Adik ok?", tanya Lina.
"Ok!", jawab anak Guru Besar tu.
"Adik tahu kan yang adik boleh join diaorang semua main bolasepak ramai2", kata Lina.
"Tahu", jawab anak Guru Besar.
"Kalau camtue, adik pegi lah main ngan diaorang", anjur Lina.
"Takper sebab saya suka kat sini", jawab anak Guru Besar tu.
"Naper camtue pulak adik?" tanya Lina.
"Sebab saya penjaga gol!", jawab anak Guru Besar tuuuu sambil menjeling tajam...
Budak tu adalah Khairul Fahmi Che Mat keeper Malaysia semalam. He he he....
1. Sebatang rokok boleh memusnahkan 25 hingga 100 miligram Vitamin C 2.Orang yang sudah berumur tidak mendapat cukup Vitamin D kerana kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. 3.Kanak-kanak memerlukan lebih protein berbanding orang dewasa (kira-kira satu setengah hingga dua kali ganda per paun daripada berat badan) manakala bayi pula memerlukan tiga kali ganda lagi. 4.Vitamin B1 boleh mengurangkan mabuk laut dan udara 5.Flavonoids yang ditemui dalam anggur merah mempunyai kuasa 1,000 kali jika dibandingkan dengan Vitamin E 6.Pengambilan suplemen Vitamin E boleh mengurangkan sakit jantung. 7.Untuk mengekalkan Vitamin B dan C, jangan rendam sayur-sayuran anda. sebaliknya terus basuh. 8.Beras perang atau merah adalah lebih sihat berbanding beras putih 9.Stainless steel, kaca dan bekas makanan berenamel adalah lebih bagus jika anda ingin mengekalkan nutrien makanan 10.Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang lebam akan kehilangan Vitamin A dan C |
Assalamualaikum…
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ![]()
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik :
“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu…
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
“Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”…. sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah….
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…
” Sedih kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… “
” Sedih kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”
“Sedih kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”
“Sedih kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”
“Sedih kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”
“Sedih kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih Sedih lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..
Sedih kan???
Kenapa gelak, tu kan realiti.. tapi yg paling Sedih sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????
Wallahualam..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.MUTIARA KATA YG INDAH... |