Friday, March 20, 2020

Selamat menempuh peperiksaan akhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Peperiksaan akhir


ini cerita pasal kupu-kupusatu hari sedang sasitharan menyiram bunga di belakang rumahnya, dia terperasan pada pokok berdekatan ada sekor kekupu cuba keluar dari kepompongnya. si kupu-kupu berusaha keras utk meloloskan diri melalui retakan kecik yg terdapat kat kepompong dia tu..susah sekali tp dia tetap cuba utk keluar. kesian melihatkan kekupu itu, sasitharan yang baik lagi mulia hati pun cuba membantu..dia mengopek sedikit meluaskan lagi celahan kepompong si kupu-kupu agar mudah ia keluar..lalu loloslah si kekupu dari belenggu kepompongnya, bebas ia meneroka alam baru dengan perwatakan baru, lebih cantik lebih anggun dari sebelumnya. beluncas bisa yang dibenci semua...tapi! tapi! kenapa sang kekupu tidak terus terbang? kenapa ia bagai mengheret kepaknya? kemegahannya? kenapa kunci kebebasan itu tampak bagai beban? terpinga-pinga sasitharan..pastu terus dia berlari ke dalam rumah mendapatkan bapanya yg. sedang asyik menikmati kopi sambil membaca akhbar Nan Yang Siang Pau."bapak, bapak, tolong bapak" kata sasitharan lalu mengeksplainkan pada bapanya apa yang berlaku..lalu berlari berkejaranlah mereka berdua ke belakang rumah. sedih si bapa dan sasitharan melihatkan keadaan sang kekupu lalu encik sasithurai thanggasamy pun mengeksplainkanlah kepada anaknya bahawa sebenarnya sang kupu-kupu perlu menggerakkan otot2nya semasa proses keluar dari kepompong supaya otot2 itu cukup kuat utk membolehkan ia terbang tp malangnya akibat ia dibantu semasa melalui proses itu ototnya jadi tak kuat lalu ia terpaksa mengambil masa yg lama utk membolehkan ia terbang atau mungkin ia tak kan mampu terbang selamanya dan pastinya mati menjadi mangsa mengkarung atau mungkin anak kucing."acap kali kesusahan dan kepayahan itu adalah cabaran yang mempersiapkan kita untuk masa depan" jelas encik sasithurai pada anaknya "yang penting adalah kita berani menghadapinya, jangan sesekali lari dan jangan terus putus asa" tambah en. sasithurai lagi. meleleh-leleh air mata sasitharan mendengarnya lalu lantas dia memeluk bapanya penuh keinsafan "appaaaa....""thambiii..." sama-sama menangis -THE END-
Sebuah ceritera karangkarut enciksabri production sdn. bhd.
Want to chat instantly with your online friends? Get the FREE Yahoo! Messenger