Putera Azhar
Ini adalah blog persendirian ku. Kenyataan di dalam ini adalah pandangan peribadi dan tiada kena mengena dengan mana-mana individu lain atau badan organisasi.
Friday, April 1, 2011
BEKE2422 - Contoh soalan dari final exam dan lain-lain assesment yang lepas
Saturday, March 5, 2011
BEKE 2422 - Nota chapter 4
Bersama-sama ini saya lampirkan tautan untuk memuatturun nota utk chapter 4.
Sekain, terima kasih
http://www.ziddu.com/download/14057191/Chapter4-Activefilter.zip.html
Tuesday, February 22, 2011
BEKE2422 - Nota chapter 3
Bersama-sama ini saya lampirkan tautan untuk memuatturun nota utk chapter 3.
Terima kasih.
Monday, January 31, 2011
Lelaki Bangsat
BEKE2422 - Assignment 1
Thursday, January 27, 2011
BEKE2422 - Cover untuk assignment
Bersama-sama ini dilampirkan link untuk download cover assignment yang akan digunakan di dalam kelas saya disepanjang semester ini. Saya mengharapkan semua pelajar menggunakan cover ini sebagai cover untuk assignment masing-masing.
Wednesday, January 26, 2011
Jika ingin berjaya....
Jika anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, anda akan membunuh potensi diri anda. Kerana anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.
Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri anda. Walaupun anda berjaya, anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.
Jika anda mahu mencapai kejayaan sebab anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang anda impikan, anda seronok melakukan perkara yang anda sukai, potensi anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had!. Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa anda sendiri menyedarinya.
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea anda sendiri.
Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan anda. Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran. Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.
Monday, January 10, 2011
Nota chapter 1 dan 2 BEKE2422
Selamat datang kepada pelajar-pelajar subjek BEKE 2422. Saya rasa, ini kali pertama anda menjengah ke blogspot saya. Terima kasih saya ucapkan. Saya akan gunakan blog ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan apa-apa maklumat berkenaan subjek ini dari nota kuliah sehinggalah ke tip-tip final. Diharap kemudahan ini dapat digunakan sebaiknya oleh kita bersama untuk berkongsi idea dan maklumat. Untuk buah tangan pertama dari saya, saya lampirkan tautan untuk memuatturun nota utk subjek ini.
Terima kasih.
Thursday, December 30, 2010
Aku bukan orang hebat
Monday, December 27, 2010
Kata-kata hikmah bahagia
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
|