Thursday, December 31, 2009

BEKE 1323 - Teaching plan dan Note Kuliah 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di bawah ini disertakan link untuk memuat turun rancangan mengajar dan nota untuk kuliah ke 2 untuk pelajar subjek BEKE1323. Untuk nota-nota yang lain akan menyusul kemudian.

Sekian, terima kasih.

Teaching plan;

http://www.ziddu.com/download/7957428/TeachingPlanBEKE13230910.pdf.html

Nota kuliah 2;

http://www.ziddu.com/download/7957427/2CB.pdf.html

Wednesday, December 30, 2009

BEKE 1323 - Nota untuk kuliah pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Khusus untuk pelajar-pelajar bagi subjek BEKE 1323 (1BEKP), bersama-sama ini saya lampirkan link untuk memuat turun slide power point untuk kelas pertama saya. Slide ini merangkumi sedikit sebanyak berkenaan dengan overview untuk subjek ini dan beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum mempelajari subjek ini dengan lebih lanjut.

Sekian, terima kasih

link slide kuliah pertama;

http://www.ziddu.com/download/7944974/IntroductionandRevision.pdf.html

Tuesday, December 15, 2009

BEKE 1323 - Soalan Tutorial.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang kepada pelajar-pelajar subjek BEKE 1323. Saya rasa, ini kali pertama anda menjengah ke blogspot saya. Terima kasih saya ucapkan. Saya akan gunakan blog ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan apa-apa maklumat berkenaan subjek ini dari nota kuliah sehinggalah ke tip-tip final. Diharap kemudahan ini dapat digunakan sebaiknya oleh kita bersama untuk berkongsi idea dan maklumat. Untuk buah tangan pertama dari saya, saya lampirkan tautan untuk memuatturun soalan-soalan tutorial. Dalam fail tersebut mengandungi soalan-soalan tutorial yang insya allah akan digunakan sepanjang semester ini. Sekiranya ada penambahan, saya akan mengumumkannya di dalam kelas.

Terima kasih.

Tautan tutorial BEKE 1323;

http://www.ziddu.com/download/7744838/TutorialBEKE1323.zip.html

Sunday, November 22, 2009

BEKE2443-Keputusan Akhir BEKE2443

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semester 1 2009/2010 telah pun berakhir. Skrip jawapan peperiksaan akhir telah pun siap ditanda. Markah pun dah dimasukkan di dalam SMP. Pelajar-pelajar semua boleh melihat keputusan masing-masing melalui portal SMP masing-masing. Kepada yang dapat keputusan yang dihajati tahniah saya ucapkan. Ada juga yang meminta gred yang tertentu kepada saya melalui skrip jawapannya. Erm.... tgk-tgk memang itu gred yang selayaknya bagi pelajar tersebut (anda tahu siapa anda). Ada juga yang kecundang di dalam medan perang perjuangan subjek ini. Maaf, saya tiada daya untuk membantu anda. Semoga anda akan berjaya dimasa yang akan datang. Akhir sekali, selamat ber'LI' saya ucapkan kepada semua pelajar-pelajar BEKE2443.

Sekian, wassalam.

Wednesday, November 11, 2009

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang.

Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata:

"Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita.

Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi. Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki:

"Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?"

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu:

"Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Monday, November 9, 2009

BEKE2443 - Tip soalan 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama-sama ini disertakan link untuk download tip untuk soalan 4.

http://www.ziddu.com/download/6780151/tipsoalan4.pdf.html

sekian, terima kasih dan Gud Luck

Friday, October 30, 2009

She's only a mother

You never see the tears that she's about to cry --
instead she turns her head to hide them.


You never see the times she stills away to her secretcloset to pray --
instead she invites you in to just talk.


You never see how her shoulders are sagging from heavy burdens --
instead she gives you those shoulders to cry on.


You never see the aches in her heart when her children rebel --
instead she gives them more patience and love.


You never see the hand she pulls backwhen she's rejected --
instead she continues to lend a "helping" hand.


You never see the aches in her hands from grasping and holding on when she feels like giving up --
instead she folds those same hands and prays even more.


You never see the aches in her knees and forehead from praying for others --
instead she spends even more time on her knees.


You never see the fears she has of being a "disappointment" --
instead she prays for more power and a sound mind.


You never see any of these things and she doesn't want you to--
After all, she's only "a mother".


"Paradise lies beneath those tiring feet".


"Three times deserving of her children's attention than that of the stronger sex".


'Not even 'ouf' must be signalled as abuse to her'.


"Oh Allah have mercy on them as they were compassionate to me during childhood!"

Thursday, October 22, 2009

Diff between Wife & Girlfriend

Diff between Wife & Girlfriend

Some people say:
Wife is a HARIMAU ............ ...
Girlfriend is HARI HARI MAHU

And some say:
Wife is like TV,
Girlfriend is like Handphone (HP)

At home watch TV,
Go out bring HP.

No money, sell TV.
Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.

TV is big, bulky and most of the time old but HP is cute, slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding.

Most Important, TV got remote but HP don't have.

Last but not least.......

TV do not have virus but HP have VIRUS......

Once get it, HABIS LAH.

So better choose TV lah

BEKE2443 - Due date assignment 4 dan laporan mini projek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengingatkan kepada semua pelajar 3BEKC dan 3BEKM. Tarikh akhir untuk menghantar group assignment 4 adalah 23 Oktober 2009 sebelum pukul 5.00 pm dan tarikh akhir untuk menghantar laporan mini projek adalah 28 Oktober 2009. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan. Kepada kumpulan pelajar yang tertentu yang berhutang dengan saya (paham-paham je la ye), sila langsaikan hutang anda sebelum bermulanya peperiksaan akhir iaitu sebelum 2 November 2009. Sebarang ketidakakuran kepada arahan ini membawa kepada hilangnya markah mini projek anda. Tapi tak banyak pun. 15 Markah je. Still ada 85 markah lagi. Boleh lagi la kalau nak dapat A.

Wassalam.

Monday, October 19, 2009

Sekadar berkongsi.....

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ' Apakah yang paling dekat dengan dirikita di dunia ini ?

Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat

'Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yangpaling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janjiAllah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita didunia ini ?'

Murid 1 = ' Negeri China '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '

Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yangpaling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapatkembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'

Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi

'Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

'IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '

Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang palingberat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan AllahSWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

'Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini?

'Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

'Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hatidan melukai perasaan saudaranya sendiri '

Wassalam.

'Fail to learn, learn to fail'

It is well known that for 28 years Abraham Lincoln experienced one failure after another. In 1833 he had a nervous breakdown. When he ran for speaker in 1838 he was defeated. In 1848 he lost re-nomination to Congress and was rejected for land officer in 1849. These failures didn't stop him from battling on. In 1854 he was defeated for the Senate. Two years later he lost the nomination for vice-president and was again defeated for the Senate in 1858. Yet, despite it all, in 1860 he was elected president and went down in history as one of America's greatest presidents.

Obviously, success isn't the absence of failure. It is having the determination to never quit because "quitters never win and winners never quit."

Almost every person who has achieved anything worthwhile with his or her life has not only experienced failure but experienced it many times. Lincoln experienced innumerable failures, but he was never a failure because he never gave up.

Enrico Caruso failed so many times with his high notes that his voice teacher advised him to give up. He didn't. Instead, he persevered and became one of the world's greatest tenors.

Albert Einstein and Werner von Braun both failed courses in math. Henry Ford was broke when he was 40.

Thomas Edison's school teacher called him a dunce, and later he failed over 6,000 times before
he perfected the first electric light bulb.

BEKE2443 - Tips soalan 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di bawah ini disertakan tip untuk soalan no. 3 bagi kertas peperiksaan akhir untuk subjek Elektronik Kuasa (BEKE2443). Saya pernah terangkan serba sedikit berkenaan soalan ini di dalam salah satu kuliah saya. Yang mana satu, cuba ingat-ingatkan la semula......

http://www.ziddu.com/download/6780152/tipsoalan3.pdf.html

Thursday, October 15, 2009

BEKE2443-Waveform captured for mini project

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama-sama ini disertakan link untuk waveform mini project bagi BEKE2443. Hanya kepada pelajar yang TELAH DIBERI KEBENARAN sahaja yang boleh memuat turun fail ini dan memasukkannya di dalam laporan mini projek masing-masing. Kepada pelajar-pelajar yang lain sila test dulu litar anda sebelum memasukkan waveform ini di dalam laporan masing-masing.

sekian.

http://www.ziddu.com/download/6919536/PowerE.zip.html

To my beloved wife......

Ours To Keep
There's nothing I could say to you,
nothing I could ever do,
to make you see,
what you mean to me,

All the pain, the tears I cried,
Still you never say goodbyes, and now I know,
How far you'd go..

I know I let you down,
But it's not like that now,
This time I never let you go...

I will be,
All that you want,
And gather myself together,
Cause you keep me from falling apart,

All my life, I'l be with you forever,
To get you thru the day,
And make everything ok..

I didn't know what life will be bring,
But now I see, honestly,
You're the one thing I got right,
The only one I let inside,
Now I can breath, cause you're here with me,
And if I let you down,
I turn it all around,
This time I never let you go....

Without you, I cant sleep,
I'm not gonna ever, ever let you leave,
You're all i've got, you're all I want,
Cause without you,
I dont know what I'd will do,
I can never, ever live a day without you,
Here, with me, can't you see,
Sayang..you all I need...

Monday, October 12, 2009

BEKE2443-Next tip

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tip untuk soalan no. 2. Untuk lebih membantu, sila buat soalan tutorial 1-3.

http://www.ziddu.com/download/6780150/tipsoalan2.pdf.html

Thursday, October 8, 2009

BEKE2443 - Tip soalan final Elektronik Kuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tip soalan final yang seterusnya. Cuba selesaikan problem yang berkaitan dengan DC motor drive di dalam buku Power Electronic M.Rashid. Ada yang lebih kurang macam soalan ini.

http://www.ziddu.com/download/6780153/tipsoalan5.pdf.html

Monday, October 5, 2009

BEKE2443 - Tip untuk soalan 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk tip yang seterusnya berkenaan soalan peperiksaan akhir, sila download fail di bawah ini. Fail ini khas memuatkan tip untuk soalan 1.

Sekian, wassalam

Tip soalan 1 :-
http://www.ziddu.com/download/6780154/tipsoalan1.pdf.html

Wednesday, September 30, 2009

BEKE2443 - Tip permulaan untuk peperiksaan akhir BEKE2443

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman pelajar subjek BEKE2443 semua pelajar 3BEKC/3BEKM/3BEKP, soalan peperiksaan akhir untuk subjek Elektronik Kuasa (BEKE2443) telah pun diluluskan untuk dicetak. Jumlah soalan bagi subjek ini adalah 5 soalan dan dicetak sebanyak 19 mukasurat termasuk muka hadapan. Soalan No. 5 adalah soalan yang wajib dijawab oleh semua pelajar. Manakala untuk soalan No. 1 hingga 4, pelajar diminta untuk memilih hanya 3 soalan sahaja. Jadi, pelajar hanya diminta untuk menjawab hanya 4 soalan dari 5 soalan yang dikemukakan. Setiap soalan bernilai 25 markah dan markah penuh untuk kertas ini adalah 100 markah. Sekian dulu untuk tip pertama soalan peperiksaan akhir BEKE2443. Moga bertemu untuk tip-tip yang seterusnya.

Wassalam

Monday, September 28, 2009

BEKE2443 - Format untuk report mini project

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Di bawah ini adalah link untuk format laporan mini projek untuk subjek Elektronik Kuasa (BEKE2443) untuk rujukan semua pelajar. Diharap agar pelajar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Hanya laporan kumpulan yang telah menyiapkan dan menguji litar sahaja yang akan diterima.

Format laporan mini projek :-
http://www.ziddu.com/download/6675685/LONGLABREPORTFORMAT.pdf.html

BEKE2443- Tutorial 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di bawah ini dilampirkan softcopy untuk tutorial 4 untuk subjek Elektronik Kuasa (BEKE 2443). Saya berharap agar semua pelajar dapat download dan print sebelum sesi tutorial berkenaannya diadakan bagi memudah proses pembelajaran.

Link untuk tutorial 4 :-

http://www.ziddu.com/download/6675477/Tutorial4inverter.pdf.html

BEKE2443 - Nota Chapter 5 (Motor Drive)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di bawah ini dilampirkan nota/slide power point untuk chapter 5 iaitu chapter terakhir untuk subjek Elektronik Kuasa (BEKE 2443). Saya berharap agar semua pelajar dapat download dan print sebelum kuliah berkenaannya disampaikan bagi memudah proses pembelajaran.

Link untuk nota chapter 5 :-
http://www.ziddu.com/download/6674958/Chapter5.pdf.html

Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Idulfitri 2009/1430H

Hari Raya Idulfitri tiba lagi. Pulang ke kampung halaman adalah sesuatu yang wajib bagi kami sekeluarga. Hari raya pertama disambut di kampung ibuku di Masjid Tanah. Selesai solat sunat Idulfitri, kami bersalaman seisi keluarga bagi mengucapkan syukur dan selamat hari raya bagi menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga. Disamping itu, kemaafan diminta dan diberi bagi menginsafi kelemahan diri. Malam 1 Syawal, kami bertolak pula ke kampung mertua di Taman Permata, Jitra. Alhamdulillah, saat azan subuh dilaungkan, kami selamat tiba dirumah mertua. Sekali lagi ucapan selamat hari lebaran dan kemaafan meniti dibibir kami sekeluarga bagi mengiringi kegembiraan menyambut hari konvokesyen ramadhan. Kenangan indah dan saat-saat berharga ini akan tetap tersemat disanubari biar pun rutin yang sama akan berulang setiap kali Syawal menjelma. Semoga bertemu lagi di Syawal akan datang bagi menyambut hari penganugerahan segulung ijazah ramadhan.

Thursday, September 17, 2009

BEKE2443 - Assignment 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Khas untuk pelajar UTeM (BEKC dan BEKM) yang mengambil subjek BEKE2443 (Power Electronics), bersama-sama ini dilampirkan assignment yang terakhir untuk subjek ini. Sila buat di dalam kumpulan yang sama dengan kumpulan amali. Sila hantar kepada saya jawapan anda sebelum 23 Oktober 2009, 5.00 pm. Saya ingin menasihati para pelajar agar menjawab sendiri assignment ini tanpa meniru (tapi kalau nak tiru sekali pun biar la jangan macam mesin photostat) kerana mana la tahu kot-kot keluar dalam final ke.

Wassalam,

Assignment 4 : Sila download dari link dibawah
http://www.ziddu.com/download/6535661/assignment4.doc.html

Sticky note software

Usefull software. Menggantikan sticky note, tapi dalam bentuk software.

http://www.ziddu.com/download/6535192/pn30lous.exe.html

Wednesday, September 16, 2009

BEKE 2443 - Ujian 2

Ujian 2 untuk subjek BEKE2443 akan diadakan pada minggu kedua selepas cuti Hari Raya Aidilfitri

Blog Pertama

Ini adalah blog pertamaku. Baru je belajar dan cuba untuk menggunakan aplikasi ICT ini. Insya-allah akan digunakan untuk kebaikan