Sunday, November 21, 2010

Buka la mata ku......


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sebenarnya baru je mengenali lagu-lagu dari Maher Zain ni. Saya kira, saya adalah antara orang yang terkebelakang dalam mengenali lagu-lagu dari beliau. Saya kagum dengan lagu-lagu beliau. Saya bukan lah orang yang arif berkenaan dengan dunia dan hukum hakam muzik. Sama ada dari segi susunan lagu dan melodinya, 'piching' lari atau pun tidak, not muzik betul atau pun tidak, semuanya sememangnya asing bagi saya. Namum apa yang saya kagum adalah susunan seni kata dan maksud yang cuba yang disampaikan dalam setiap lagu. Lagu beliau kebanyakkan berbahasa inggeris, namun begitu, bahasa yang digunakan adalah sangat mudah untuk difahami walau pun untuk orang yang beginner macam saya (memang saya tak fasih berbahasa inggeris pun he he he..).

Antara lagu yang begitu menyentuh perasaan saya adalah lagu 'Open your eyes'. Lagu yang agak simple. Tak berbelit-belit dan agak 'direct to the point'. Saya merasakan diri amat kerdil. Banyak yang kita ketahui dari segi ilmu dan kemahiran. Tetapi lebih banyak yang tidak dapat kita kawal atau tentukan dengan sekadar menggunakan ilmu yang kita ada. Sebagai contohnye bilangan oksigen yang diperlukan oleh badan kita. Walau pun kita berpendidikan sehingga 'Master Degree' hatta yang memiliki Ph.D sekali pun tidak dapat menentukan isipadu oksigen yang perlu kita ambil untuk keperluan diri kita pada masa-masa tertentu. Sebaliknya, sistem pernafasan kita seolah-olahnya telah diprogram untuk bekerja sesuai dengan keperluan semasa badan kita.

Siapakah yang telah merencanakan semuanya ini?. Adakah semasa kita kecil dahulu, ada orang yang memprogramkan otak kita untuk melakasanakan proses ini sebagaimana yang kita buat untuk memprogramkan 'micro controller' Atmel, PIC, Motorola dan sebagainya?. Yang tu baru satu daripada beribu sistem badan kita. Bagaimana pula dengan sistem perkumuhan?. Adakah kita yang tentukan bila masanya kita perlu buang air kecil atau air besar?. Untuk sistem pencernaan pula, bagaimana kita boleh mengawal rembesan asid perut cukup sekadar yang diperlukan untuk menghadam makanan?. Adakah kita secara langsung terlibat dengan proses-proses ini?.

Seandainya kita terpaksa melakukan semua ini secara langsung, 24 jam sehari pasti dirasakan sangat singkat dan tidak mencukupi. Belum lagi ditambah dengan kerja pejabat yang menimbun dan lain-lain tanggung jawab. Jadi siapa yang merencanakan semua ini?. Jawapan yang pasti adalah Allah rabbul Jalil. Dia menyediakan semua ini untuk kita. Tiada bayaran yang dikenakan untuk setiap oksigen yang disebut. Tetapi yang diperlukan adalah menjadi hambanya yang bersyukur. Adakah kita sedar? Buka lah mata ku. Lihat la kepada kebenaran yang terhidang dihadapanmu......


1 comment:

  1. Syabas, artikel menarik...

    Wa in ta'uddu nikmatallahi la tuhsuuha,

    Jika kau ingin menghitung nikmat Allah, tak terbilang....

    ReplyDelete