Thursday, December 30, 2010

Aku bukan orang hebat

Aku bukan orang hebat, cuma ciptaan Allah yang maha hebat.
Aku bukan orang hebat, cuma teringin dan cuba berusaha untuk jadi orang hebat.
Aku bukan orang hebat, kerana setiap penjuru kehebatanku akan ada yang lebih hebat.
Aku bukan orang hebat, kerana aku hanya penghuni kerdil diatas bumi Allah yang terbentang luas dan didalam cakerawala yang tidak diketahui bertapa luasnya.
Aku bukan orang hebat, kerana ilmu yang aku miliki hanyalah seumpama setitik air ditengah lautan.
Aku bukan hebat, kerana apa yang aku miliki semuanya milik Allah.
Aku bukan hebat, kerana aku tak tahu apa yang akan terjadi padaku pada minit-minit yang mendatang.
Aku bukan hebat, kerana setiap apa yang ingin aku lakukan, aku perlukan makhluk lain untuk menjayakan.
Aku bukan hebat, kerana aku hanya hamba Allah yang hanya mampu melakukan sesuatu dengan izin-Nya.
Subhanallah maha suci Allah yang telah menjadi aku sebaik-baik ciptaan-Nya......

Monday, December 27, 2010

Kata-kata hikmah bahagia

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( Saidina Ali Abi Talib ).

Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

Thursday, December 16, 2010

Sempena Malaysia menang di separuh akhir pertama semalam....

Cerpen Yang Terpaksa Di Habiskan Dengan Segera.

Lina gegas2 sarapan. Al makumlah, ni hari pertama Lina mulakan tugasnya sebagai Tukang Kebun kat sekolah. Lina anggap tugasnya mencabar kerana ramai yang datang temuduga tetapi dia jugak yang terpilih. Pak Seman Mudim pun ada datang temuduga tapi tak dapat jawtan tu sebab dia gayat panjat pokok. Lina tak gayat. Pengalaman panjat pokok bersama kawan2 sejak kecil, ternyata bermanafaat untuk dia.

Setelah lapor diri dan Lina mulakan tugasnya. Oleh kerana minggu depan sekolah akan adakan Temasya Sukan, maka Lina kena lah tebas lalang2 yang ada kat tepi padang tu.

Lina tekun bekerja. Sambil bekerja, Lina perhatikan budak2 sekolah yang ligat bermain bolasepak tetapi dalam masa yang sama Lina nampak seorang budak yang hanya berdiri kat padang tu. Lina rasa kesian. Lina pun pergi mendekati budak ni.

Ternyata budak ni rupa2nya anak Guru Besar sekolah. Wahhhh, dalam hati Lina, "kalau aku dapat buat budak ni ceria, pasti Guru Besar akan confirm keje aku awal. Silap haribulan, boleh rekomen naik gaji jugak.Ok ok, peluang baik ni. Aku mesti cuba!"

Sampai jea kat adik tu, Lina pun mulakan kaunseling.

"Adik ok?", tanya Lina.

"Ok!", jawab anak Guru Besar tu.

"Adik tahu kan yang adik boleh join diaorang semua main bolasepak ramai2", kata Lina.

"Tahu", jawab anak Guru Besar.

"Kalau camtue, adik pegi lah main ngan diaorang", anjur Lina.

"Takper sebab saya suka kat sini", jawab anak Guru Besar tu.

"Naper camtue pulak adik?" tanya Lina.

"Sebab saya penjaga gol!", jawab anak Guru Besar tuuuu sambil menjeling tajam...

Budak tu adalah Khairul Fahmi Che Mat keeper Malaysia semalam. He he he....

Wednesday, December 15, 2010

Untuk wanita sahaja....

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

Wassalam.

Monday, December 13, 2010

Cerita zaman muda-muda dulu....

Hello…boleh bercakap dengan Amri?” Setelah penat mendail akhirnya dapat.

“Minta maaf…sis salah nombor ni. Kat sini tak ada yang bernama Amri”

Pulak dah mungkin tadi aku yang salah dail.

“Sorry ya, and thanks” Hilang mood nak ajak Amri keluar. Petang nanti pula aku telefon lain. Apa aku nak buat sekarang? Cuti tanpa apa-apa rancangan. Memerap kat rumah saja. Kalaulah aku ada teman lelaki, tentu aku jadi seperti Ayu. Keluar dating dari pagi sampai petang. Pergi membilang batu atau pokok-pokok di sekitar KL agaknya. Atau mungkin aku menjadi seperti Kak Mar. Pergi bertandang ke rumah bakal kakak ipar. Peluang untuk beramah mesra katanya. Atau mungkin juga aku jadi seperti Kak Ros. Ada teman lelaki tetapi kalau cuti begini adalah peluang untuk buat tahi mata!

Sendirianlah aku hari ini. Tidak sanggup aku ikut jejak Ros. Membuta dari pagi tadi. Alangkah seronoknya kalau jiran depan rumah yang kugelar McHammer ajak aku keluar. Tapi dia bukannya berani walau misainya bertaring. Berdecit-decit bagai bunyi tikus dari balkoni flat sebelah. Tangan terawang-awang buat isyarat. Manalah aku faham…lainlah kalau aku belajar bahasa isyarat. Bukannya aku tak teringin nak layan, tetapi cara dia cuba untuk mengenali aku itu, mematikan keinginanku. Tak ada cara lain ke? Kalau tak tahu nombor telefon kenapa tak datang jumpa atau tanya? Dia tu kan lelaki, jadi kenalah berani. Kalau dari jauh begitu, jangan harap aku nak layan. Sekarang bukan lagi zaman bersiul atau ketuk botol untuk memikat. Itu cara lama. Tak canggih langsung!

Petang, aku telefon lagi. Dialognya sama. “Hello, boleh bercakap dengan Amri?”

“Amri? Sis yang telefon pagi tadi, kan? Sis salah nombor lagi lah….”

Hah!! Salah lagi??? Tak mungkin!!

“Inikan nombor 2980070? I pasti i tekan nombor yang betul”

“Nombor tu memang betul. Tapi kat sini tak ada pula yang bernama Amri. Sekejap ya..I tanya kawan I, kalau ada yang guna dua nama..”

Setahu aku Amri hanya ada satu nama saja. Atau mungkin aku yang tak tahu.

“Tak ada pula, sis…Tapi cuba sis telefon lagi pukul 10 malam nanti. Ada 3 orang housemate baru. Tak sempat lagi nak berkenalan. Dia orang dah keluar angkat barang. Mungkin salah seorang tu nama Amri. Ada hal penting ker?” Ramah pula si penjawab telefon ni.

“Tak ada lah penting sangat. Cuma nak ajak berbual…nak tanya tentang tempat baru. Anyway, thanks a lot. Kalau ada yang bernama Amri, beritahu dia, senior telefon. Malam nanti i’ll call back..”

Hmm…apa aku nak buat sekarang? Pakaian dah berbasuh. Rumah dah berkemas. Buku cerita semuanya dah habis kubaca. Main playstation seorang diri laaaa… Tengah seronok bermain, terdengar bunyi berdecit-decit. Bunyi tikus besar! MC Hammer dan rakan-rakan serumahnya tercegat kat balkoni. Tersengih macam kerang busuk.

“Main sorang-sorang?” laungnya. Bodoh! Sudah nampak bertanya pula.

“Sis…nama siapa? Minta phone number? Alaaaa…boleh lah sis..”

Siapa pula tu? Pasti yang kupanggil Mamat. Kalaulah aku layan, tentu Ros, Ayu dan K.Mar terkejut besar. Pasti mereka kata, ’something wrong somewhere’

Ayu kata aku macam tunggul kayu. Tak ada hati dan perasaan. Kak Mar kata aku sombong. Bagi Kak Ros pula aku bagaikan katak di bawah tempurung. Hampir 5 bulan aku menyewa di flat PKNS ini. Hampir 5 bulan juga MC Hammer cuba untuk mengenali aku. Puas dia mengusik dari balkoni flat sebelah, berhadapan balkoni flat aku. Tidak pernah jemu menjadi penunggu setia setiap kali aku menjemur kain. Aku buat tak peduli saja. Jangan kata nak pandang. Jeling pun tidak! Bukanya aku tak berminat nak berkenalan. Bodohlah aku kalau orang yang kacak, kemas dan alim macam dia tu tak menarik perhatian aku. Aku boleh terpikat. Tapi aku tak berkenan cara dia cuba untuk menarik perhatian aku tu. Kalau betul-betul nak berkawan denganku, pandai-pandailah berusaha. Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih!

Pukul sepuluh malam, aku menelefon lagi. “Hello..sis yang siang tadi ya? I dah tanya budak-budak baru tu, tak ada pula yang nama Amri. Sis pasti ke itu nombornya?” Suara yang siang tadi juga. Kerja angkat telefon agaknya, tiap kali aku telefon, mesti dia yang angkat.

“Betul itu nombornya. Ini blok berapa? Blok A, kan? “

“Bukan, ini blok B” Sah! Aku dah salah nombor. Amri blok A…sama dengan aku. Kalau aku tahu dia tingkat berapa, senanglah aku cari sendiri.

“Nampaknya memang I yang salah nombor. Amri tu tinggal kat Blok A. Sorry ya, dah 3 kali I ganggu”

“Tunggu dulu sis! Takkanlah dah nak letak phone? Kita berbual-buallah dulu seminit dua. Lagipun u kata u cari Amri nak ajak berbual. U tak dapat contact dia, so apa kata kalau i gantikan. Itu pun kalau u sudi..”

Apa salahnya layan? Dia tak kenal aku. Lagipun aku sendirian lagi. Kak Mar dan Ayu dah tidur. Keletihan. Ros pula keluar menonton wayang midnight show dengan teman lelakinya. Layan ajelah! Maka bermulalah satu cerita, bertanya itu, bertanya ini. Tentang diri masing-masing.

Namanya Mohd Fadzli. Berusia 25 tahun. Tiga tahun dewasa daripadaku. Anak sulung daripada 4 adik beradik. Berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai pegawai bank di Public Finance, Jalan Ampang. Aku cuma beritahu namaku Aida, bukan Aida Sabrina. Bekerja sebagai Interior Designer di Damansara Height.

“Fadzli, u kat Blok B ni tingkat berapa?” Rumah bujang mana yang aku salah telefon ni.

“I tinggal kat tingkat 13. U kata tadi u call dari Kg Pandan. Tapi suara u clear. Macam dalam satu area pula.” Selamat! Bukan rumah MC Hammer. Dia kat tingkat 7, setentang dengan tingkat aku.

“Betul! I kat Kg Pandan. Kalau i kat Kg Baru juga, tak payah I call Amri. I cari sendiri. Lagipun, takkanlah i nak call dari London pula…” Fadzli ketawa kuat.

“Seronoklah sembang dengan u, Aida. Apa yang i kata, macam-macam yang u jawab. I berminat nak kenal u dengan lebih mendalam. Apa kata kita jadikan ini permulaan satu persahabatan. Itu pun kalau u sudi…”

Menarik juga. Lagipun aku dah lama tak ada kawan baru.

“Hmm..boleh juga tu..”

“So what ur phone number? Nanti boleh i call u pula.”

“Huh!! Mana boleh bagi! Nanti dia tahu aku tipu. Tiga angka telefon yang pertama adalah sama. Nanti dia tahu aku tinggal di kawasan sama.

“I’m sorry Fadzli. I can’t give u my phone number. Beginilah, kalau i rasa nak bercakap atau pun nak bertekak dengan u, i telefon lah, ok?”

“Mana boleh..kalau i yang nak bercakap dengan u pula, bagaimana?” Fadzli bertanya serius.

“I janji…I’ll call u at ten every night. Bergantung kepada situasi i lah. Kalau u rasa nak bercakap dengan i, u jeritlah nama i kuat-kuat kat balkoni tu.l I ni ada 6th sense tau” Aku cuba berlawak.

“Aida, seriously, i want to know u. to be ur friend. I bukannya main-main. So please Aida, give me ur phone number. Please…”

Wah!! Kaki merayu rupanya dia. Boleh tahan juga. Ada bakat menggoda. Merayu. Boleh cair aku dibuatnya nanti.

“OKlah, ada pen tak? I taknak ulang banyak kali. So u dengar dan hafal baik-baik. Ready?? 7552525!!” Gagang telefon kuletak. Talian Pizza Hut yang lama!

Bermula saat itu, tarikh itu, terjalinlah satu persahabatan. Hanya melalui talian telefon. Tepat sepuluh malam aku akan menelefon Fadzli. Bila malam minggu ataupun hari cuti, lamalah berbual. Terkadang hampir dua jam. Aku kaget. Ros terkejut. Sebelum ini ramai yang mendekati, ingin berkenalan. Satu pun aku tak layan. Penat Ros dan Ayu cuba jadi match-maker. Tak pernah aku menyetujui. Kata Ros, segan dan pemalu yang ada padaku tak bertempat. Hidup aku cuma kerjaya, buku-buku novela cinta, komputer dan kertas-kertas yang tidak berperasaan seperti aku.

Ribut apa yang melanda, taufan apa yang menyerang. Senang pula aku melayan Fadzli. Alasan aku, cuma melalui talian telefon. Bukan berhadapan, sebab itu aklu tak kisah. Jadi, nampaknya aku pun sama dengan MC Hammer. Tidak berani berhadapan. Bagaikan meludah ke langit pula….

Aku tak pernah lupa telefon Fadzli. Kenapa? Aku terhibur berbual dengannnya. Rasa penat, bosan dan sedih ataupun marah, hilang setelah mendengar suaranya. Kata bualannya, hilai tawanya, dan pujuk rayunya telah menjadi sebahagian daripada diri aku. Sehari tak dengar suaranya, rasa tak lengkap hidup aku. Macam orang bercinta pula! Dia begitu mudah memahami dan menyelami hatiku. Bagaikan sudah bertahun mengenalinya. Terkadang aku tersenyum sendirian selepas berbual dengannya. Jatuh hati? Gila! Kalau aku boleh jatuh hati pada seseorang, itu hanya melalui talian telefon.

“Aida..sampai bila kita macam ni? Berbual melalui telefon. Itu pun kalau mood u OK. Kalau bad mood jangan harap u nak telefon i. Terkebil-kebil i tunggu u telefon. Jumpa taknak. Phone number u pun taknak bagi. U macam main-mainkan i, Aida.” Fadzli merungut.

“Kalau i tak serius, atau nak main-mainkan u, takkan i sanggup buang masa berjam-jam berbual-bual dengan u. Banyak lagi kerja lain i boleh buat. Cuba fikir, apa untungnya i mainkan u? Ada i dapat hadiah atau gelaran apa-apa?”

“Kalau u serius nak kawan dengan i, kenapa taknak jumpa i? Sudah tujuh bulan kita kenal. Nombor telefon u tak tak bagi. Kenapa Aida? Apa sebenarnya yang cuba u rahsiakan??” Suara dah berubah. Marah agaknya….

“Alasan…I tak bersedia lagi nak jumpa you. Cukuplah kita hanya saling mengenali melalui telefon. Tak payahlah kita bertemu Fadzli. I sayangkan persahabatan ini” Aku cuba memujuk.

“Kenapa tak nak jumpa? Nak kata u cacat…dari cerita, u normal. Tak tahu pula kalau u tipu. Seingat i, u pernah kata jiran depan rumah u selalu kacau u, jadi u ada daya penarik tersendiri. Lawa atau tidak, i tak kisah. Yang penting hati budi u, cantik budi pekerti u, maka cantiklah rupa paras u. I pun bukannya handsome. Hitam, pendek, gemuk dan bulat! ” Fadzli bersuara geram.

“I pulakan Fadzli…kulit i macam buntut kuali. Muka macam permukaan bulan. Banyak bonggol dan kawah. Badan macam kayu balak. Kalau naik bas, senget sebelah. Tentu kita pernah terserempak di KL. Kalau i cantik, tentu u dah tackle..”

Sebenarnya aku sendiri tercari-cari. Yang mana satu Fadzli. Setiap kali aku turun ke Kedai Jimat, semasa tunggu bas, atau semasa makan di Warung Faridah atau Tom Yam Corner..tertanya-tanya itukah Fadzli? Mungkinkah aku pernah bertembung dengan dia?

“Aida, kali ini i betul-betul serius. Kalau u benar-benarkan sayang persahabatan ini, kita mesti berjumpa. Kalau tidak, cukup setakat ini persahabatan kita. I dah tak sanggup terseksa macam ni. Bagaikan berkawan dengan bayang-bayang. Bezanya, bayang-bayang kita nampak cuma tak ada suara. Langkah seterusnya i serahkan pada u. I really like u, Aida. You are my special friend. Bye Aida! I gonna miss u. Ok Aida, goodbye.” Di sinikah akhirnya sebuah persahabatan? Tidak mungkin!!!

“Alahai Aida..dah dua minggu hang monyok. Tak lalu dah aku nak tengok. Sampai bila? Aku dah kata, bahaya kawan dengan ‘radio’, dapat didengar suaranya, tapi yang wujud cuma kotak yang kaku dan keras. Macam telefon la..” Sudah beberapa kali Ayu menegur aku.

“Dulu…kalau hang layan si MC Hammer tu, ada juga faedahnya. La ni rasanya dia awek. Aku nampak dia asyik bergayut. Sama masa dia dengan hang, Aida. Aku tak faham Aida. Kenapa hang taknak jumpa Fadzli? Takut dia makan?” Ayu berleter panjang.

“Ros pun tak faham, kenapa Aida tak nak jumpa? Malu? Bukannya nak jumpa dia tanpa pakaian. Kau ni malu tak bertempatlah Aida. ” Ros menyampuk, marah. Kalau berterusan begini, aku boleh jadi pekak dengan leteran.

Haa..Kak Mar pula datang. Apa pula yang dia nak leterkan? “Rasa diri tak lawa? Kalau tak lawa kenapa pula si mamat-mamat depan rumah tu selalu kacau? Tak ada kurangnya pada kau, Aida. Cuma Aida malu tak bertempat, rendah diri tak menentu. Atau risau Fadzli tak handsome? Takkanlah rupa paras menjadi ukuran, Aida? Cuba fikirkan apa yang penting dalam sebuah persahabatan?”

Apa yang penting atau apa yang aku mahukan dalam sebuah persahabatan? Semuanya ada pada Fadzli. Dialah teman terbaik dari kaum Adam yang pernah kukenali. Jadi, sanggupkah aku kehilangan dia? Hilang seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada diri aku. Jadi gila aku nanti! Aku bukannya cantik, bukannya menarik. Mungkin selepas bertemu nanti, Fadzli berubah. Katanya dia tak pandang paras rupa, itu katanya yang mungkin umpan untuk bertemu. Tapi aku akan lebih terkilan andainya aku kehilangannya begitu sahaja.

Maka aku nekad menghubungi Fadzli semula. “You made me crazy, Aida. I miss you! ” sayu suara Fadzli.

“I’m sorry, Fadzli. Bukannya nak menyeksa you, tapi i perlukan masa untuk berfikir. Tapi..sekarang u dah jadi gila. Jadi, tak payah la jumpa” Sengaja aku menyakat.

“Opss!! I dah ok bila dengar suara u. So, bila kita boleh jumpa? This weekend? ” Kalut dia bertanya.

“No, not this weekend. Next week, ok?”

“OK, asalkan u tepati janji..” Dan suara itu terus galak bercerita hari-hari yang dijalani tanpa suara aku.

“Dah tersengih sorang-sorang. Apa la nak jadi hang ni, Aida? Eh..tadi aku jumpa MC Hammer kat bawah. Handsomenya dia. Bila dia senyum, macam nak luruh jantung hati aku. Nasib baik tak jatuh. Kalau aku single lagi, tak payah tunggu..aku tackle dia dulu” Ayu bercerita penuh semangat.

“Lagi-lagi si MC Hammer tu! Kalau dia betul-betul nak kenal, tentu dia datang jumpa, ini tidak, cuma dari jauh saja. Itu tandanya dia tak bersungguh. Sudahlah tu…dah tak ada jodoh Aida dengannya, nak buat camno? Hmm..Aida nak jumpa Fadzli nanti, Aida dah tak kisah apa yang akan terjadi selepas itu. Semuanya takdir Ilahi”

Berdebar-debar aku menunggu saat itu. Amat menakutkan aku. Apakah kesudahannya? Pertemuan ini bagaikan memperjudikan satu persahabatan.

“Hello Fadzli…” Sudah tujuh bulan lebih aku memegang juara panggilan terbanyak dan terlama!

“Hello dear..tak sabar nak jumpa u. Pukul tiga petang nanti..sebelah KFC, KLCC. You kata nak pakai blaus putih dan slack hitam. So i pakai blue jeans dan T-Shirt Freego hitam. Hitam putih ya..our favourite colours. You jangan berubah fikiran pula.” Macam perjanjian si Kassim Selamat dan Sabariah pula.

“Hai! Dah sepuluh kali u ingatkan i. Cuma i risau, manalah tau u mainkan i. Samada you tak datang atau u suruh teman u gantikan tempat u, macam si Kassim Selamat tu..”

“Kenapa susah sangat nak percayakan i? Tak apalah..selepas jumpa u nanti, i akan pastikan u menaruh kepercayaan terhadap i!” Risau aku. Takut jatuh ke perangkap buaya KL. Tuhan, jauhilah aku dari malapetaka ini.

“OKlah Fadzli, i nak pergi mandi. Nanti lambat pula. Bye!”

Ayu dan Rose tersengih memandang aku. Dari semalam aku jadi bahan usikan.

“Aida…nak aku temankan? Hang ni pemalu. Gelabah pula tu. Kalau aku ada sekurang-kurangnya dapat selamatkan keadaan”

“Sudahlah Ayu. Nak temankan Aida konon. Hang tu dulu lagi teruk daripada Aida. Keluar masuk tandas 2-3 kali , terketar-ketar nak jumpa si….” Tak sudah Ros menghabiskan ayat, Ayu sudah mengejar. Riuh-rendah. Terpandang ke luar, tercegat MC Hammer di balkoni, tersenyum. Aku tersenyum kembali…tak rugi apa-apa.

3:15 petang aku tiba di tempat yang dijanjikan. Tercari-cari si T-Shirt hitam berseluar blue jeans dan memegang sejambak bunga. Katanya, mungkin ada yang berpakaian serupanya, tetapi tak mungkin ada yang bawa sejambak bunga ros. Terpandang sesusuk tubuh. Kenal sangat aku pada rambut itu. MC Hammer!! Pakai T-Shirt hitam pula tu! Buat apa dia kat sini? Tunggu girlfriend agaknya. Sebelum dia nampak aku, lebih baik aku beredar. Kacau daun betullah dia ni! Tidak sempat aku bergerak, dia menoleh ke arah aku. Terkejut! Kaki terpaku di situ. Di tangannya ada sejambak bunga ros. Tidak mungkin! Hilang kata bual yang aku hafal malam tadi.

“Aida? Tidak mungkin you Aida. Aida tinggal di Kg. Pandan” Tak tahu pula sama ada dia bercakap dengan aku atau pun kata-kata itu untuk dirinya sendiri.

“You kata tinggal di Tingkat 13. You tipu i ! ” Nasib baik suara aku tidak hilang.

“I tidak salah oranglah ya? So, you juga tipu I. Kata tinggal di Kg Pandan, rupanya tinggal di flat depan.” Fadzli tersenyum. Akhirnya berderai ketawa. Aku turut ketawa. Tidak hirau pada mata yang memandang dan telinga yang mendengar penuh minat. Harap-harap tidak ada wartawan di antara mereka. Nanti jadi bahan berita pula.

“Kalaulah kita berterus-terang, tak payahlah tujuh bulan tiga minggu untuk jumpa you. Tak adalah orang yang dapat gelaran juara bergayut kat telefon. Dan tak ada hati yang terseksa…”

“Kalau begitu, tak adalah thrill. Kita dapat kenal ni gara-gara I salah nombor. Hmm..itulah you, nak kenal I tapi cuma berani dari jauh. Cuba kalau you datang, approach berdepan, dah lama kita berkawan.” Aku melepaskan geram. Penat aku mencari dan meneka. Rupanya Fadzli adalah jiran depan rumahku!

“You la…jual mahal sangat. I ingatkan u dah ada boyfriend, sebab tak pernah ada respon. Kita mulakan sekali lagi ya… I, Mohd Fadzli memberi Aida sejambak bunga ini sebagai tanda bermulanya satu ikatan persahabatan…” Aku menyambut pemberiannya. Fadzli menggenggam tanganku. Erat…hangat. Matanya merenung tepat wajahku. Betul kata Ayu, bagai nak gugur jantung hatiku!

“Aida, mungkin terlalu awal bagi you. Tapi i sudah dapat rasakan sebelum i mengenali you lagi, I know and I’m sure, I’m falling in love with you. No need to say anything about it, not now. I tahu you perlukan masa. Tapi i pasti akan perasaan i terhadap u.”

Dan petang itu, aku habiskan masa bersama dia. Jiran depan rumah dan teman dalam telefon. Aku sukakan MC Hammer dari kejauhan. Aku terpikat pada Fadzli melalui telefon. Kini, aku jatuh cinta pada MC Hammer ataupun Fadzli dalam pertemuan ini. Aku pasti perasaan itu. Alangkah indahnya dunia ini!

Pulang ke rumah, aku diburu pelbagai soalan daripada Ayu, Ros dan Kak Mar. Pandang ke rumah depan, kelihatan situasi yang serupa. Pasti soalan yang sama, “How’s you date?”

“Begini aje la…just wait and see. Aida ada dinner dengannya nanti. Ayu, kalau rajin tunggu kat balkoni, dia nak panggil Aida dari balkoni rumahnya nanti. Fadzli dah boring bercakap kat telefon. So, dia nak laungkan nama Aida nanti”

“Nak laung dari tingkat 13? Ini sudah hebat ni” Ayu menggeleng-geleng kepala.

Pukul 8.30 malam, aku sudah siap berpakaian. Cuma menunggu Fadzli memanggil aku. Tersipu-sipu aku menahan ketawa, gembira dan lucu bercampur-baur.

“Aida…!!! ” Fadzli melaung dari balkoni.

“Hai! Macam mana dia tahu nama hang, Aida? Berani pula dia laungkan nama hang” Ayu kehairanan. Teman serumah Fadzli turut menjengah keluar.

“Ok Fadzli, I dah siap. Jom!! ” Ayu dan Ros saling-pandang memandang. Terkejutlah tu! Teman-teman Fadzli bersuara riuh rendah.

“Jadi, selama ini, Aida tu budak depan rumah?” temannya bertanya.

“Yalah..itulah Aida Sabrina, buah hati aku. Saja taknak cakap dekat kau orang, nanti kacau daun pula.”

Apa yang terjadi, pasti terjadi juga. Sesungguhnya, ketetapan dan perlaksanaan adalah dariNya. Pasti itulah yang terbaik untuk kita. Hidup, jodoh dan maut ditentukan Ilahi. Jadi, kalau sudah jodoh, ia tidak ke mana bukan? Untuk itu, aku bersyukur ke hadrat Ilahi. Amin…..

Tamat…….

Nukilan: Amisha

# Cerpen ini hasil karya Amisha yang pernah tersiar di majalah Remaja. Please note that cerita ini berlaku di zaman telefon bimbit tak wujud atau komersial lagi.

Wednesday, December 8, 2010

Tahukah anda

1. Sebatang rokok boleh memusnahkan 25 hingga 100 miligram Vitamin C
2.Orang yang sudah berumur tidak mendapat cukup Vitamin D kerana kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari.
3.Kanak-kanak memerlukan lebih protein berbanding orang dewasa (kira-kira satu setengah hingga dua kali ganda per paun daripada berat badan) manakala bayi pula memerlukan tiga kali ganda lagi.
4.Vitamin B1 boleh mengurangkan mabuk laut dan udara
5.Flavonoids yang ditemui dalam anggur merah mempunyai kuasa 1,000 kali jika dibandingkan dengan Vitamin E
6.Pengambilan suplemen Vitamin E boleh mengurangkan sakit jantung.
7.Untuk mengekalkan Vitamin B dan C, jangan rendam sayur-sayuran anda. sebaliknya terus basuh.
8.Beras perang atau merah adalah lebih sihat berbanding beras putih
9.Stainless steel, kaca dan bekas makanan berenamel adalah lebih bagus jika anda ingin mengekalkan nutrien makanan
10.Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang lebam akan kehilangan Vitamin A dan C

Friday, December 3, 2010

Sedihnye......

Assalamualaikum…

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…

Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik :

“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu…

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

“Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”…. sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah….

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…

” Sedih kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… “

” Sedih kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…

kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Sedih kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Sedih kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran

“Sedih kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Sedih kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih Sedih lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..

Sedih kan???

Kenapa gelak, tu kan realiti.. tapi yg paling Sedih sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Wallahualam..