Saturday, September 25, 2010

Hadiah istimewa buat cikgu....

PAGI 16 Mei 2005, saya dikejutkan dengan beberapa orang anak murid yang meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni. "Cikgu... Selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya.

Memang saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka. Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya di-penuhi pelbagai jenis hadiah. Ada yang membawa jambangan bunga, jam, bingkai gambar, kerongsang, tudung dan macam-macam lagi. Hari itu saya rasakan terlalu indah. Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda menghargai pemberian dan ingatan mereka.

"Terima kasih... bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya," pesan saya pada Anna lalu satu kucupan singgah di pipi gebunya.

Di sisi Anna, saya lihat Mariam tersengih-sengih."Cikgu... Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh cikgu, ya? " kata anak kecil itu bersungguh."Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa. Cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira," saya cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka. Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa.

Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarga, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tabika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh dua kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.
Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dengan pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah.

Seperti biasa, pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan; "Hadiah tu bagi kat cikgu, tau." Tatkala itu saya benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya.
Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dengan ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dengan senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dengan keadaan tubuh yang bermandikan peluh. Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa.

"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa.

"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dengan rasa kasih yang mendalam.

"Tak apa... hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh.

Meriam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warna akibat dimamah cahaya matahari.

"Sekejapya, cikgu," kata Meriam yang masih tercungap-cungap kepenatan.

Saya lihat Meriam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya.

"Alaaaa... koyak pulak cikgu," rungut Meriam penuh kekesalan. Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Meriam keluarkan.

"Apa yang Meriam bawa tu? " saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama.

Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat lima biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung di kelopaknya.

"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah.

Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Meriam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu... cikgu tak suka buah bacang ke? " tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan lima biji buah bacang yang bergulingan di atas meja.

Saya cuba tahan air mata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya.

"Taakkkkk... Cikgu... cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan, ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong.

Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandi kan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa lima biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh dua kilometer.

Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam.

"Bagitau mak... cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi.

Anak kecil itu mengangguk.

"Tengok Meriam pun bagi hadiah kat cikgu juga," katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang.

"Eleh... buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak," kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya.

"Tak apa... semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak, semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa titis air mata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru.

Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya lima biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main di ruang mata saya.

Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titik air mata ini tumpah lagi ke pipi.

Terima kasih, Mariam. Lima biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Friday, September 24, 2010

BEKE2443 - Assignment group ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama-sama ini saya lampirkan soalan assignment group yang ketiga. Sila bawa soalan ni pada kelas hari selasa nanti untuk saya terangkan macam mana nak buat.

Sekian, terima kasih.

http://www.ziddu.com/download/11804978/Assignement3PE.docx.html

Thursday, September 23, 2010

BEKE2443 - Soalan tutorial untuk DC-DC converter

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama-sama ini dilampirkan beberapa contoh soalan yang boleh dijadikan sebagai soalan tutorial untuk chapter DC-DC converter.

Sekian, terima kasih,

http://www.ziddu.com/download/11786009/TUTORIAL3PE.doc.html

Muadz bin Jabal cendekiawan Muslimin.

MUADZ bin Jabal termasuk dalam golongan pertama yang masuk Islam. Beliau merupakan seorang pemuda yang mempunyai wajah yang berseri-seri, berperwatakan yang menarik, bergigi putih bersih dan menarik perhatian apabila melihatnya serta ketenangan jelas terpancar di wajahnya. Semasa Rasulullah mengambil bai'at dengan orang-orang Ansar pada Perjanjian Aqabah kedua, Muadz termasuk dalam ahli rombongan tersebut. Walaupun pada ketika itu usianya masih muda, namun kebijaksanaannya telah diakui dan amat menonjol terutama dalam bidang fikah.

Rasulullah SAW sendiri juga pernah memuji kepintaran Muadz dan beliau juga mendapat pujian daripada para sahabat. Ketika usianya masih muda lagi, Muadz telah dilantik sebagai pemimpin agama bagi masyarakat Yaman. Namun begitu, sebelum beliau dihantar ke sana, Rasulullah telah menguji kepintarannya.

"Apa yang menjadi pedomanmu dalam mengadili sesuatu, wahai Muadz?" tanya Rasulullah.

"Kitabullah," ujar Muadz.

"Jika tidak kamu temui dalam kitabullah?" Tanya Rasulullah lagi.

"Saya putuskan dengan sunnah Rasul," ujar Muadz.

"Jika tidak kamu temui dalam sunnah Rasulullah?"

"Saya pergunakan fikiranku untuk berijtihad dan saya takkan berlaku sia-sia."

Maka berseri-serilah wajah Rasulullah dan baginda bersabda:

"Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulullah."

Rasulullah SAW amat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Muadz. Sebab itulah Rasulullah tidak ragu-ragu untuk menghantar Muadz ke Yaman walaupun jauh daripadanya. Kecerdasan akal dan kebijaksanaannya amat meyakinkan hati baginda untuk memberi tunjuk ajar kepada penduduk Yaman. Muadz bukanlah seorang yang banyak cakap. Beliau seorang yang pendiam dan gemar memerhati sahaja.

Beliau hanya akan bercakap apabila diminta oleh hadirin.Muadz akan menjadi sumber rujukan apabila sahabat menemui jalan buntu mengenai suatu hukum. Pengetahuan yang tinggi inilah menyebabkan beliau mendapat penghormatan daripada kaum muslimin sama ada ketika Rasulullah masih hidup mahupun selepas ketaatan baginda.

Muadz merupakan seorang sahabat yang pemurah. Ketika berada di Yaman, beliau menjadi seorang yang kaya raya. Pernah suatu ketika Saidina Umar meminta sebahagian daripada hartanya untuk didermakan ke jalan Allah. Pada mulanya beliau enggan kerana itu adalah hartanya sendiri yang diperolehi secara sah. Selepas itu Umar datang lagi ke rumahnya. Melihat Umar, Muadz pun meluru dan memeluk Umar sambil menangis.

Katanya: "Semalam aku bermimpi masuk kolam yang airnya sangat dalam dan aku hampir-hampir lemas. Nasib baiklah kamu datang untuk menyelamatkan aku."

Selepas kejadian itu, Muadz kemudiannya memberi sebahagian hartanya untuk jalan Allah.

Muadz meninggal dunia pada usia 33 tahun. Hingga di saat kematiannya pun dia masih bermunajat kepada Allah.

"Ya Allah, sesungguhnya selama ini aku takut kepada-Mu tetapi hari ini aku mengharapkan-Mu…Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa aku tidaklah mencintai dunia demi untuk mengalirkan air sungai atau menanam kayu-kayan, tetapi hanyalah untuk menutup haus di kala panas dan menghadapi saat-saat yang gawat serta untuk menambah ilmu pengetahuan, keimanan dan ketaatan…"

Tuesday, September 21, 2010

Patut la Imam Shafie hebat

Imam Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan terhadap menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran. Sebab itulah Mazhab Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hukum fekah untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah...

Satu lagi keistimewaan Imam Shafie ialah dari segi menghormati guru. Pernah diriwayatkan tentang perihal menghormati guru ini. Pada suatu hari, sedang dia memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian.

Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie.

Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.

Imam Shafie juga amat menghormati Imam Malik (pengasas Mazhab Maliki) walaupun Imam malik sudah meninggal dunia. Sebab itulah bila dia menziarahi makam Imam Malik dia tidak berqunut semasa bersembahyang subuh ditepi makam Imam Malik. Ini kerana dalam Mazhab Maliki tiada qunut waktu subuh walaupun dalam Mazhab Shafie ada qunut sewaktu sembahyang Subuh. Imam Shafie juga memastikan dia tidak tidur dengan kakinya menghala ke rumah Imam Malik sebagai menghormati gurunya itu..

Oleh itu hormatilah guru kerana ilmu tidak akan menjadi berkat jika kita tidak menghormati guru...

Saturday, September 18, 2010

Hanyut - Faizal Tahir

Faizal Tahir - Hanyut

Jom layan lagu jiwang rock.

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku

Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu

Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Thursday, September 16, 2010

Gambar di dalam rahim ibu....subhanallah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Berikut ini beberapa koleksi jurufoto Swedan bernama Lennart Nilsson. Beliau terkenal dengan foto2 vivo embrio manusia dan subjek2 kedoktoran lainnya yang dulu dianggap tidak mungkin dapat diabadikan di dalam bentuk foto. Dia menggunakan sebuah endoskop untuk membuat gambar2 menakjubkan ini! Dalam seri foto ini, dia merungkai semua rahasia – bagaimana kehidupan bermula!!! Bukti keagungan Tuhan!!! Subhanallah!!! Ini bukan ilustrasi, bukan pula hasil ilustrasi.. This is real!!!



Perjalanan panjang sperma menuju sel telur:


Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),(surah Yaasin, ayat 77)









Sperma yang telah bersusah payah berenang siap membuahi sel telur..




Pembuahan:



Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.(surah Al-Mukminun, ayat 12,13,14)



Dinding rahim yang baru siap dibuahi:


Sel telur yang dibuahi menuju dinding rahim:


Embrio mulai terbentuk, disini yang terlihat adalah awal pembentukan kepala:





Sudah mulai berbentuk:












Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.
(surah As-sajadah, ayat 7,8,9)











Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(surah Al-Imran, ayat 6)




















Manusia sempurna, yang siap berjuang melawan hidup...




Cara mengambil gambarnya pakai alat endoskop. Bentuknya seperti ini gan:





Sekian, wallahua'lam

Hayat Manusia

Hayat Manusia Jika Diibaratkan Battery Handphone...Beginilah Agaknya...

Mula dibeli di kedai, di charge dan dipasang di telefon bimbit;

Itulah kita semasa bayi.. Dilahirkan, dimanja dan menjadi penyeri rumah tangga..

Handphone anda diset ke "Battery Save Mode";

Itulah kita, dihantar ke sekolah untuk menimba sebanyaknya ilmu dan pengalaman..

Paparan diskrin kejap ada.. kejap tuh hilang (PowerLost);

Itulah zaman remaja yang sering mencuba sesuatu yang kita tahu "TIDAK BOLEH", "DITEGAH", Kadang kala Menurut Perintah, Kadang kala Kita Langgar...

Battery Handphone anda Di Charge lagi...;

Itulah anda selepas meniti gerbang perkahwinan..Semangat hidup mekar ditemani teman sepanjang perjalanan kehidupan....

"Apesal Battery Aku Cepat 'Kong' Nih...?";

Itulah tandanya... jasad kita sudah uzur... Rumah Sudah Kata Pergi, Kubur Sudah Kata Mari... ..... Battery di charge, namun satu 'bar' pun tak naik.... Kemana di letak battery itu.. Fikirkan Juga kita akan diletak dimana diakhiratkelak.... WALLAHU'alam.., Kesudahan yang baik itu, bagi mereka yang beriman dan beramal soleh serta mengingati ALLAH dan rasul-NYA banyak-banyak diwaktu senang susahnya, sihat uzurnya, kaya miskinnya juga mengingati masa hidup dan masa matinya...

Rehat Jap

SEMBANG TOILET

Satu hari ketika dlm perjalanan balik dari Ipoh,aku singgah sekejap di KLCC. Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu. Masuk saja kat situ, aku tengok ada 3 bilik air. Satu tu bertutup, so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar suara dari sebelah

"Haa, camna sekarang ?"

Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu. Ntah camna, akhirnya aku balas juga

"Ok gak ler"

Kemudian suara tu bertanya lagi

"Ko nak gi mana ni??"

Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata

"Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi

"Bila ko nak gerak ni??"

Aku selamba jer kata

"Lepas aku sudah ni, abis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata

"Hei, aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap..hehehe

Akta 15

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial. Hamid dan Rosni selalu bersama walau ke mana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

Kisah 1

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Kisah 2

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,

"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...,dan perempuan tua itu berkata,

"Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2.. Doktor itu menjawab,

"Ok,sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.

"Tuan doktor," panggilnya sambil marah-marah,

"Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas,

"Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa telinga makcik."

Moral of the story : berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu.. walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak dengar gak ! hehehehe..

Kisah 3

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah melukai jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Kisah 4

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?"
"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,

"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Kisah 5

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Sekian, wassalam.....

Tuesday, September 14, 2010

Microsoft trick....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini saya telah melawati satu web forum. Lalu saya terjumpa posting ini yang memaparkan beberapa perkara yang pelik dan yang tidak sepatutnya ataupun tidak logik untuk berlaku (mungkin ianya disengajakan atas sebab-sebab tertentu kot). Saya pernah jumpa trick ni beberapa tahun yang lalu, tetapi bila terjumpa balik, rasa macam nak share la pulak.

cUba kaT koMputeR anda. tengok apa yang jaDi...

#1
create a FOLDER anywhere on the computer which can be named as "CON". boLe tak??

#2
For those of you using Windows, do the following:
1.) Open an empty notepad file
2.) Type "Bush hid the facts" (without the quotes)
3.) Save it as whatever you want.
4.) Close it, and re-open it.
apa yang jaDi??

#3
Open Microsoft Word and type
=rand (200, 99)
And then press ENTER.
wut's happening??

SELAMAT MENCUBA~