Wednesday, January 27, 2010

BEKE1323 - Nota Slide power point chapter 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama-sama ini dilampirkan link untuk memuatturun nota power point untuk chapter 2. Selamat berdownload.....

http://www.ziddu.com/download/8343801/Chapter2-VOLTAGEREGULATOR.pdf.html

Monday, January 18, 2010

BEKE1323 - Nota Chapter 1 (pptx)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Oleh kerana ada yang menyampaikan kepada saya yang nota di dalam format pdf tersebut tidak berapa clear, di sini saya lampirkan link untuk memuat turun nota dalam format pptx (power point 2007).

Sekian, terima kasih.

Link ke nota chapter 1 (BEKE1323):
http://www.ziddu.com/download/8205650/Chapter1-BJTACANALYSIS.zip.html

Thursday, January 14, 2010

JODOH.....

Renungkanlah Sedalam-dalamnya..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Tuesday, January 12, 2010

BEKE1323 - Nota Chapter 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersama-sama ini disertakan link untuk memuatturun nota chapter 1 (AC analysis of BJT)

Sekian, terima kasih.

http://www.ziddu.com/download/8119727/Chapter1-BJTACANALYSIS1.pdf.html

Thursday, December 31, 2009

BEKE 1323 - Teaching plan dan Note Kuliah 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di bawah ini disertakan link untuk memuat turun rancangan mengajar dan nota untuk kuliah ke 2 untuk pelajar subjek BEKE1323. Untuk nota-nota yang lain akan menyusul kemudian.

Sekian, terima kasih.

Teaching plan;

http://www.ziddu.com/download/7957428/TeachingPlanBEKE13230910.pdf.html

Nota kuliah 2;

http://www.ziddu.com/download/7957427/2CB.pdf.html

Wednesday, December 30, 2009

BEKE 1323 - Nota untuk kuliah pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Khusus untuk pelajar-pelajar bagi subjek BEKE 1323 (1BEKP), bersama-sama ini saya lampirkan link untuk memuat turun slide power point untuk kelas pertama saya. Slide ini merangkumi sedikit sebanyak berkenaan dengan overview untuk subjek ini dan beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum mempelajari subjek ini dengan lebih lanjut.

Sekian, terima kasih

link slide kuliah pertama;

http://www.ziddu.com/download/7944974/IntroductionandRevision.pdf.html

Tuesday, December 15, 2009

BEKE 1323 - Soalan Tutorial.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang kepada pelajar-pelajar subjek BEKE 1323. Saya rasa, ini kali pertama anda menjengah ke blogspot saya. Terima kasih saya ucapkan. Saya akan gunakan blog ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan apa-apa maklumat berkenaan subjek ini dari nota kuliah sehinggalah ke tip-tip final. Diharap kemudahan ini dapat digunakan sebaiknya oleh kita bersama untuk berkongsi idea dan maklumat. Untuk buah tangan pertama dari saya, saya lampirkan tautan untuk memuatturun soalan-soalan tutorial. Dalam fail tersebut mengandungi soalan-soalan tutorial yang insya allah akan digunakan sepanjang semester ini. Sekiranya ada penambahan, saya akan mengumumkannya di dalam kelas.

Terima kasih.

Tautan tutorial BEKE 1323;

http://www.ziddu.com/download/7744838/TutorialBEKE1323.zip.html

Sunday, November 22, 2009

BEKE2443-Keputusan Akhir BEKE2443

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semester 1 2009/2010 telah pun berakhir. Skrip jawapan peperiksaan akhir telah pun siap ditanda. Markah pun dah dimasukkan di dalam SMP. Pelajar-pelajar semua boleh melihat keputusan masing-masing melalui portal SMP masing-masing. Kepada yang dapat keputusan yang dihajati tahniah saya ucapkan. Ada juga yang meminta gred yang tertentu kepada saya melalui skrip jawapannya. Erm.... tgk-tgk memang itu gred yang selayaknya bagi pelajar tersebut (anda tahu siapa anda). Ada juga yang kecundang di dalam medan perang perjuangan subjek ini. Maaf, saya tiada daya untuk membantu anda. Semoga anda akan berjaya dimasa yang akan datang. Akhir sekali, selamat ber'LI' saya ucapkan kepada semua pelajar-pelajar BEKE2443.

Sekian, wassalam.

Wednesday, November 11, 2009

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang.

Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata:

"Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita.

Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi. Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki:

"Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?"

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu:

"Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Monday, November 9, 2009

BEKE2443 - Tip soalan 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama-sama ini disertakan link untuk download tip untuk soalan 4.

http://www.ziddu.com/download/6780151/tipsoalan4.pdf.html

sekian, terima kasih dan Gud Luck