Sunday, August 29, 2010

C....I....N....T....A

Kepada yang masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.

Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .

Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI…

Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

Thursday, August 26, 2010

Cerita detik kewafatan Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mendapat cerita ini dari sorang ustaz di radio IKIM kalau saya tidak silap. Cuma saya tak ingat namanya. Agak lama juga saya dengar cerita ini, kemudian baru lah saya masukkan di dalam blog ini. Cerita ini berkisah berkenaan ketinggian peribadi dan kerendahan diri seorang sahabat agung Rasulullah SAW yang tercinta iaitu Saidina Umar Ibn Al-Khattab. Beliau juga seorang bapa mertua kepada Rasulullah SAW disamping sabahat yang setia.

Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA adalah khalifah Islam kedua selepas wafatnya khalifah yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar Al-Siqqid RA. Beliau telah meninggal dunia asbab dari ditikam oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu’lu’ah dek kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA. Dia menikam Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA sebanyak enam kali sewaktu beliau menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah. Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad SAW. dan makam Saidina Abu Bakar Al-Siqqid RA. Saidina Uthman Affan RA dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya.

Disaat hampir kepada kewafatannya, Saidina Umar sering pengsan dan tidak sedarkan diri. Beliau sering meletakkan kepada di atas lantai ketika beliau tidur atau pun sewaktu tidak sedarkan diri. Sering kali anak dan sahabat-sahabat yang lain mengangkap kepala beliau untuk diletakkan di atas bantal atau pangkuan. Namun, sebaik sedar dari pengsan atau tidur, beliau akan meletakkan semua kepalanya di atas lantai.

Keadaan ini diceritakan kepada Khalifah Islam yang keempat dan juga salah seorang sahabatnya dan Rasullah iaitu Saidina Ali Ibn Abi Talib Karamallahu Wajhah. Lantas Saidina Ali Ibn Abi Talib Karamallahu Wajhah bertanyakan hal ini kepada Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA. Lalu persoalan itu dijawab oleh Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA.

“Aku tidak tahu bagaimanakah pandangan Allah kepada ku. Adakah dengan pandangan kasih sayang dan belas atau dengan pandangan yang murka?”.

Lalu Saidina Ali Ibn Abi Talib Karamallahu Wajhah menjawab.

“Bukankah Rasulullah SAW telah menjanjikan yang engkau adalah salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga?”.

Jawab oleh Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA.

“Bukanlah aku ingin menafikan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW . Cuma aku risau akan amalan ku yang mungkin tidak mencukupi”.

Lalu Saidina Ali Ibn Abi Talib Karamallahu Wajhah berkata.

“Lalu apakah yang dapat menenangkan hati mu wahai sabahatku?”

Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA menjawab.

“Tuliskan satu surat yang mengandungi penyaksianmu terhapat apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah SAW suatu ketika dulu dan tanam lah ia sekali dengan jasadku apabila aku meninggal dunia”

Lalu Saidina Ali Ibn Abi Talib Karamallahu Wajhah mengeluarkan secebis kertas dan menulis di atasnya bahawa saya, Saidina Ali Ibn Abi Talib Karamallahu Wajhah sepupu dan sahabat Rasulullah SAW dengan ini bersaksi bahawa Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA adalah ahli syurga. Kertas tersebut diberikan kepada Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA dan Saidina Umar Ibn Al-Khattab RA memegang erat kertas tersebut. Dan kertas tersebut telah pun ditanam bersama-sama jenazah beliau.

Begitu la agungnya seorang pejuang Islam. Walaupun banyak jasa yang telah dicurahkan, namun sentiasa merasa ianya masih belum cukup untuk mendapat redha dan rahmat Allah. Berbanding diri ini yang sering membuat salah dan maksiat, kenapa tidak sekali pun rasa insaf dan cukup dari berbuat mungkar. Kenapa bila mendengar cerita ini, diri ini menangis seketika, namun diketika yang lain, berbangga dengan dosa dan seolah-olah tidak takut kepada hukum Allah SWT.

Sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika baik daging tersebut, maka baik lah manusia itu. Jika rosak daging tersebut, maka rosak lah manusia. Ia adalah hati. Bersihlah hati, seperti kamu baru lahir dulu. Jadikan lah jasad dan peribadi ini bersih dan mulia semoga bertemu dengan redha dan rahmat Allah.

Wallahua’lam

Friday, August 20, 2010

BEKE 2443 : Soalan tutorial

Assalamualaikum dam salam sejahtera,

Bersama-sama ini saya lampirkan link untuk download file yang mengandungi beberapa soalan tutorial yang berkaitan dengan bab 2 (power switches) dan bab 3 (rectifier). Harap dapat bantu untuk memberi pengalaman macam mana nak jawap soalan test dan exam.

Sekian, terima kasih

http://www.ziddu.com/download/11294628/TUTORIAL1PE.doc.html

http://www.ziddu.com/download/11294629/TUTORIAL2PE.doc.html

Tuesday, August 17, 2010

Quran dalam bentuk flash

Assalamualaikum wbt.

Senangnye nak beramal sekarang ni. Banyak teknologi yang boleh diaplikasikan untuk tujuan kebaikan. Kalau dulu, nak berdakwah kena cari orang, kadang-kadang kena halau dan herdik. Tapi kini banyak medium lain yang boleh digunakan seperti blog ni. Saya bukan la faqih dalam ilmu agama. Cuma ada sekelumit ilmu yang boleh dikongsi bersama. Saya terjumpa Al-Quran dalam bentuk flash ni hasil kiriman seorang teman. Sekarang ni nak baca Al-Quran cukup mudah. Dah tak de alasan lain cuma bergantung kepada kemahuan diri sendiri. Jadi untuk share kan dengan umum, Quran dalam bentuk flash ni boleh dimuat turun dari link di bawah. Moga ada gunanye terutamanye dibulan Ramadhan yang berkat ni.

link to Quran flash : http://www.ziddu.com/download/11250123/Quranflash.zip.html

Apabila Imam Ghazali berteka-teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat di dunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..

'Moga ada manfaat disebaliknya'

Sekian, wassalam.

BEKE2443 - Nota chapter 4 dan 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama-sama ini dilampirkan link untuk download slide untuk chapter 4 dan 5 untuk kegunaan pelajar-pelajar sekelian.

Sekian, terima kasih.

Chapter 4 :
http://www.ziddu.com/download/11246714/chapter4.zip.html

Chapter 5 :
http://www.ziddu.com/download/11246730/chapter5.zip.html

Thursday, August 12, 2010

BEKE2443 - Assignment group 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini dan atas permintaan tinggi terhadap assignment baru, di bawah saya lampirkan link untuk memuat turun assignment 2 untuk subjek BEKE2443. Segala arahan dan undang-undang ada dinyatakan di dalam assignment tersebut. Sebarang ketidakakuran assignment ini, denda sebagaimana assignment yang sebelum ini adalah terpakai. Ketua kumpulan bertanggungjawab untuk memastikan setiap ahli kumpulan faham setiap jalan kerja yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

http://www.ziddu.com/download/11174440/assignment2.docx.html

Tuesday, August 10, 2010

Fail to learn, learn to fail

It is well known that for 28 years Abraham Lincoln experienced one failure after another. In 1833 he had a nervous breakdown. When he ran for speaker in 1838 he was defeated. In 1848 he lost re-nomination to Congress and was rejected for land officer in 1849. These failures didn't stop him from battling on. In 1854 he was defeated for the Senate. Two years later he lost the nomination for vice-president and was again defeated for the Senate in 1858. Yet, despite it all, in 1860 he was elected president and went down in history as one of America's greatest presidents.

Obviously, success isn't the absence of failure. It is having the determination to never quit because "quitters never win and winners never quit."

Almost every person who has achieved anything worthwhile with his or her life has not only experienced failure but experienced it many times. Lincoln experienced innumerable failures, but he was never a failure because he never gave up.

Enrico Caruso failed so many times with his high notes that his voice teacher advised him to give up. He didn't. Instead, he persevered and became one of the world's greatest tenors.

Albert Einstein and Werner von Braun both failed courses in math. Henry Ford was broke when he was 40.

Thomas Edison's school teacher called him a dunce, and later he failed over 6,000 times before he perfected the first electric light bulb.

"Getting stuck is not the problem. Staying stuck is."