Monday, March 29, 2010

Selamat menempuh peperiksaan akhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Peperiksaan akhir akan tiba dalam kurang dua minggu lagi. Saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar-pelajar saya dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang. Ingatlah, segala assignment, kerja makmal, kuiz, ujian dan lain-lain assesment dijalankan adalah untuk memastikan pelajar-pelajar memahami dan menguasai ilmu yang sepatutnya kalian kuasai. Bak pepatah inggeris : NO PAIN NO GAIN.

Terdapat satu cerita yang menggambarkan sedikit sebanyak berkenaan apa yang kalian lalui sekarang ini dan semoga kisah ringkas ini dapat menjadi pembakar semangat kepada kalian untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.


Ini cerita pasal kupu-kupu dari Sri Langka.

Satu hari sedang Sasitharan menyiram bunga di belakang rumahnya, dia terperasan pada pokok berdekatan ada sekor kekupu cuba keluar dari kepompongnya. Si kupu-kupu berusaha keras untuk meloloskan diri melalui retakan kecik yg terdapat pada kepompongnya.. Susah sekali tp dia tetap cuba utk keluar.

Kesian melihatkan kekupu itu, Sasitharan yang baik lagi mulia hati pun cuba membantu. Dia mengopek sedikit meluaskan lagi celahan kepompong si kupu-kupu agar mudah ia keluar. Lalu loloslah si kekupu dari belenggu kepompongnya, bebas ia meneroka alam baru dengan perwatakan baru, lebih cantik lebih anggun dari sebelumnya.

Beluncas bisa yang dibenci semua...tapi! tapi! kenapa sang kekupu tidak terus terbang? kenapa ia bagai mengheret kepaknya? kemegahannya? kenapa kunci kebebasan itu tampak bagai beban? terpinga-pinga Sasitharan.. Pastu terus dia berlari ke dalam rumah mendapatkan bapanya yg. sedang asyik menikmati kopi sambil membaca akhbar Nan Yang Siang Pau.

"bapak, bapak, tolong bapak" kata Sasitharan lalu mengeksplainkan pada bapanya apa yang berlaku..lalu berlari berkejaranlah mereka berdua ke belakang rumah. Sedih si bapa dan Sasitharan melihatkan keadaan sang kekupu lalu Encik Sasithurai Thanggasamy pun mengeksplainkanlah kepada anaknya bahawa sebenarnya sang kupu-kupu perlu menggerakkan otot2nya semasa proses keluar dari kepompong supaya otot2 itu cukup kuat. Ini membolehkan ia terbang tp malangnya akibat ia dibantu semasa melalui proses itu ototnya jadi tak kuat lalu ia terpaksa mengambil masa yg lama utk membolehkan ia terbang atau mungkin ia tak kan mampu terbang selamanya dan pastinya mati menjadi mangsa mengkarung atau mungkin anak kucing.

"Acap kali kesusahan dan kepayahan itu adalah cabaran yang mempersiapkan kita untuk masa depan" jelas encik Sasithurai pada anaknya "yang penting adalah kita berani menghadapinya, jangan sesekali lari dan jangan terus putus asa" tambah En. Sasithurai lagi.

Sekian, terima kasih. Semoga mendapat manfaat dari cerita ini...

No comments:

Post a Comment