Wednesday, September 30, 2009

BEKE2443 - Tip permulaan untuk peperiksaan akhir BEKE2443

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman pelajar subjek BEKE2443 semua pelajar 3BEKC/3BEKM/3BEKP, soalan peperiksaan akhir untuk subjek Elektronik Kuasa (BEKE2443) telah pun diluluskan untuk dicetak. Jumlah soalan bagi subjek ini adalah 5 soalan dan dicetak sebanyak 19 mukasurat termasuk muka hadapan. Soalan No. 5 adalah soalan yang wajib dijawab oleh semua pelajar. Manakala untuk soalan No. 1 hingga 4, pelajar diminta untuk memilih hanya 3 soalan sahaja. Jadi, pelajar hanya diminta untuk menjawab hanya 4 soalan dari 5 soalan yang dikemukakan. Setiap soalan bernilai 25 markah dan markah penuh untuk kertas ini adalah 100 markah. Sekian dulu untuk tip pertama soalan peperiksaan akhir BEKE2443. Moga bertemu untuk tip-tip yang seterusnya.

Wassalam

Monday, September 28, 2009

BEKE2443 - Format untuk report mini project

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Di bawah ini adalah link untuk format laporan mini projek untuk subjek Elektronik Kuasa (BEKE2443) untuk rujukan semua pelajar. Diharap agar pelajar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Hanya laporan kumpulan yang telah menyiapkan dan menguji litar sahaja yang akan diterima.

Format laporan mini projek :-
http://www.ziddu.com/download/6675685/LONGLABREPORTFORMAT.pdf.html

BEKE2443- Tutorial 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di bawah ini dilampirkan softcopy untuk tutorial 4 untuk subjek Elektronik Kuasa (BEKE 2443). Saya berharap agar semua pelajar dapat download dan print sebelum sesi tutorial berkenaannya diadakan bagi memudah proses pembelajaran.

Link untuk tutorial 4 :-

http://www.ziddu.com/download/6675477/Tutorial4inverter.pdf.html

BEKE2443 - Nota Chapter 5 (Motor Drive)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di bawah ini dilampirkan nota/slide power point untuk chapter 5 iaitu chapter terakhir untuk subjek Elektronik Kuasa (BEKE 2443). Saya berharap agar semua pelajar dapat download dan print sebelum kuliah berkenaannya disampaikan bagi memudah proses pembelajaran.

Link untuk nota chapter 5 :-
http://www.ziddu.com/download/6674958/Chapter5.pdf.html

Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Idulfitri 2009/1430H

Hari Raya Idulfitri tiba lagi. Pulang ke kampung halaman adalah sesuatu yang wajib bagi kami sekeluarga. Hari raya pertama disambut di kampung ibuku di Masjid Tanah. Selesai solat sunat Idulfitri, kami bersalaman seisi keluarga bagi mengucapkan syukur dan selamat hari raya bagi menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga. Disamping itu, kemaafan diminta dan diberi bagi menginsafi kelemahan diri. Malam 1 Syawal, kami bertolak pula ke kampung mertua di Taman Permata, Jitra. Alhamdulillah, saat azan subuh dilaungkan, kami selamat tiba dirumah mertua. Sekali lagi ucapan selamat hari lebaran dan kemaafan meniti dibibir kami sekeluarga bagi mengiringi kegembiraan menyambut hari konvokesyen ramadhan. Kenangan indah dan saat-saat berharga ini akan tetap tersemat disanubari biar pun rutin yang sama akan berulang setiap kali Syawal menjelma. Semoga bertemu lagi di Syawal akan datang bagi menyambut hari penganugerahan segulung ijazah ramadhan.

Thursday, September 17, 2009

BEKE2443 - Assignment 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Khas untuk pelajar UTeM (BEKC dan BEKM) yang mengambil subjek BEKE2443 (Power Electronics), bersama-sama ini dilampirkan assignment yang terakhir untuk subjek ini. Sila buat di dalam kumpulan yang sama dengan kumpulan amali. Sila hantar kepada saya jawapan anda sebelum 23 Oktober 2009, 5.00 pm. Saya ingin menasihati para pelajar agar menjawab sendiri assignment ini tanpa meniru (tapi kalau nak tiru sekali pun biar la jangan macam mesin photostat) kerana mana la tahu kot-kot keluar dalam final ke.

Wassalam,

Assignment 4 : Sila download dari link dibawah
http://www.ziddu.com/download/6535661/assignment4.doc.html

Sticky note software

Usefull software. Menggantikan sticky note, tapi dalam bentuk software.

http://www.ziddu.com/download/6535192/pn30lous.exe.html

Wednesday, September 16, 2009

BEKE 2443 - Ujian 2

Ujian 2 untuk subjek BEKE2443 akan diadakan pada minggu kedua selepas cuti Hari Raya Aidilfitri

Blog Pertama

Ini adalah blog pertamaku. Baru je belajar dan cuba untuk menggunakan aplikasi ICT ini. Insya-allah akan digunakan untuk kebaikan